- Source: Suku Melayu Kedah
Suku Melayu Kedah adalah antara sub-suku Melayu yang terbesar di Malaysia. Mereka merupakan antara penghuni terawal Semenanjung Tanah Melayu. Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% Suku Melayu di Malaysia.
Sejarah
Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah.
Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada di Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.
Lembah Kedah
Majoritas daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Provinsi Satun di Thailand serta 3 negara bagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang). Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.
Nama etnis
Pada hari ini, kebanyakkan suku Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaya. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Pelet Utara atau logat utara.
Bahasa
Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisir (Standar), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.
Adat dan budaya
Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Suku Melayu Semenanjung Malaysia. Perbedaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeda dengan Bahasa Melayu standar.
Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:
Seni Tari - Tarian Mek Mulung, Tarian Inai (Kedah Darul Aman), Tarian Canggung (Perlis Indera Kayangan), Tarian Boria (Pulau Pinang Pulau Mutiara)
Pakaian - Baju Kurung Kedah
Seni Muzik - Ghazal Kedah Diarsipkan 2009-04-13 di Wayback Machine.
Seni Teater - Wayang Kulit Gedek
Senibina - Rumah Kedah Diarsipkan 2010-03-22 di Wayback Machine., Rumah Perlis Diarsipkan 2010-09-04 di Wayback Machine., Rumah Pulau Pinang Diarsipkan 2010-08-21 di Wayback Machine.
Lagenda - Mahsuri
Seni mempertahankan diri - Silat Cekak Diarsipkan 2010-06-04 di Wayback Machine.
Tokoh-tokoh Melayu Kedah
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - Sultan yang memerintah Negeri Kedah semenjak 1958.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia Pertama, Bapa Kemerdekaan Malaysia, Keluarga diraja Kedah
Tun Dr Mahathir bin Mohamad - Pertana Menteri Malaysia Keempat
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia Kelima
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Bekas Naib Perdana Menteri Malaysia, Ketua koalisi oposisi terbesar Malaysia - Pakatan Rakyat.
P. Ramlee - Seniman Malaysia
Sumber
Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
(Inggris) Dato’ James F. Augustin (1996) Bygone Kedah. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
Intisari Kebudayaan Melayu Kedah (1986). Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.
Kata Kunci Pencarian:
- Suku Melayu
- Kedah
- Suku Melayu Kedah
- Bahasa Melayu
- Suku Jambi
- Kerajaan Melayu
- Orang Melayu di Malaysia
- Semenanjung Malaya
- Ras Melayu
- Alor Setar
- Malays (ethnic group)
- Jawi script
- Kelantan-Pattani Malay
- Jambi Malay
- Indonesian language
- Minangkabau Malaysians
- Sultanate of Deli
- Tamiang Malay
- Kebaya
- Orang Asli