Kontratenor merujuk kepada penyanyi lelaki dewasa yang menyanyi dalam rentang suara alto, mezzo-sopran atau sopran, kebiasaannya melalui penggunaan falseto (teknik pemalsuan suara), atau juga melalui suara naluri (head register). Istilah “kauntertenor” digunakan khas untuk konteks vokal tradisi musik klasik. Suara ini melalui perubahan dan kepopuleran yang besar pada separuh awal kurun ke-20, melalui seorang penyanyi berbangsa Inggeris, Alfred Deller, yang memperkenalkan suara ini dalam opera era barok untuk menggantikan penyanyi kastrato. Sebelum itu, peranan-peranan tersebut dinyanyikan oleh penyanyi kastrato, namun kerana sukar untuk mencari penyanyi kastrato pada kurun ke-20, kontertenor awalnya digunakan sebagai pengganti.
Walaupun penyanyi kontertenor telah lama dianggap sebagai penyanyi yang disanjungi, namun, kontertenor modern dikata lebih cemerlang dalam opera dengan repertoir yang lebih besar.
Sejarah
Pada lewat zaman pertengahan dan zaman pembaruan, istilah
Kontratenor digunakan untuk bahagian suara dalam kaunterpoin melodi berlawanan dengan nyanyian penyanyi tenor. Nota musik lingkungannya adalah hampir sama dengan lingkungan penyanyi tenor.
Pada kurun ke-15,
Kontratenor berpecah kepada dua iaitu
Kontratenor altus dan
Kontratenor bassus (bahasa Latin), yang mana altus adalah lingkungan atas tenor dan basus di bawah. Walau bagaimanapun, pada kurun ke-16, istilah ini menjadi lapuk kerana seni Latin hilang popularitinya. Di Italia, "contratenor altus" bertukar menjadi alto; di Perancis dipanggil haute-contre, di Inggris menjadi kontertenor. Istilah ini hanyalah bertukar panggilan namanya sahaja, namun penggunaan suara ini adalah tetap sama dari era Barok lagi; iaitu seorang yang boleh menyanyikan bahagian alto atau sopran dan bukan bahagian penyanyi tenor.
Suara kauntertenor
Templat:Vocal ranges visualSetiap suara penyanyi lelaki memiliki daftar "falseto". Dalam daftar tingkat ini, kord vokal beralih dengan membesarkan keseluruhan lingkungan suara penyanyi tersebut untuk menghasilkan bunyi "falseto". Lingkungan suara ini kebiasaannya berada di penghujung kord vokal. Penyanyi tenor menggunakan kombinasi teknik falseto dan suara dada ketika menyanyi, manakala penyanyi bariton dan bas hanya berbuat demikian untuk nyanyian muzik moden sahaja.
Walaupun begitu, penyanyi kauntertenor kebiasaannya adalah penyanyi yang mana "vokal tengah" mereka terletak dalam lingkungan falseto.
Kontratenor yang belajar untuk meluaskan suara dada mereka untuk mendapat falseto yang lebih jelas dikenali sebagai falsettis.
Kategori suara (fächer) kauntertenor
Sopranis dan kauntertenor adalah suara nyanyian lelaki tertinggi yang biasanya menyanyikan peranan yang ditulis untuk kastrato untuk opera pada era barok. Mereka kerap (terutamanya kauntertenor) menyanyikan dalam lingkungan tersebut melalui penggunaan falseto, namun kebanyakan sopranis mampu menyanyikan nada setinggi itu tanpa penggunaan falseto.
Peranan:
Giulio Cesare, Tolomeo, Nireno, Giulio Cesare (George Frideric Handel)
Nerone, L'incoronazione di Poppea (Claudio Monteverdi)
Orfeo, Orfeo ed Euridice (Christoph Willibald Gluck)
Antara penyanyi kauntertenor yang pernah memainkan peranan-peranan ini termasuklah James Bowman, Michael Chance, Alfred Deller, Jochen Kowalski, Andreas Scholl, David Daniels, Brian Asawa dan Jean-Paul Fouchécourt.
Lihat juga
Templat:Portal OperaTemplat:Portal Muzik Klasikal
Opera
Lingkungan suara
Penyanyi
Tautan Wikipedia bahasa Inggris
(Inggris) Senarai penyanyi kauntertenor
(Inggris) Sopranis
(Inggris) Soprano kanak-kanak lelaki
(Inggris) Soprano berperanan lelaki (Breeches role / trouser role)
(Inggris) Koloratura
(Inggris) Tessitura
(Inggris) Berat suara
(Inggris) Fach atau Facher
(Inggris) Muzik koral atau koir
(Inggris) Bel kanto
(Inggris) Spinto
(Inggris) Peranan Wira
(Inggris) Passaggio
(Inggris) Timbre
Pranala luar
Contoh suara Mezzo-soprano
Koleksi skor domain awam university Indiana
Projek perpustakaan skor muzik antarabangsa
Koleksi skor muzik university Harvard Diarkibkan 2008-09-04 di Wayback Machine
Koleksi libreto dan terjemahan Diarkibkan 2006-11-14 di Wayback Machine
Koleksi libreto Karadar Diarkibkan 2008-12-27 di Wayback Machine
Koleksi libreto university Stanford
Libreto penggubah Verdi
Libreto penggubah Wagner
Pengkalan data Aria