Prasasti Sungai Mas II adalah sebuah
Prasasti yang ditemui di Kampung
Sungai Mas berlokasi di candi Tapak 32, Kedah.
Prasasti ini ditemukan sekitar tahun 2007.
Prasasti tersebut diketahui berhubungan dengan penemuan tempat persembahan dan serpihan arca tangan Buddha.
Prasasti Sungai Mas II sampai saat ini merupakan salah satu dari tiga
Prasasti yang ditemukan di Lembah Bujang yang mengandungi tulisan mantra aliran Madhyamaka dari mazhab Buddha Mahayana. Ia ditulis dalam aksara Pallava dan berbahasa Sansekerta.
Penelitian awal terhadap
Prasasti Sungai Mas II menunjukkan bahwa ia memiliki bentuk aksara yang agak unik jika dibandingkan dengan
Prasasti-
Prasasti lain Asia Tenggara baik di kawasan kepulauan maupun di tanah daratan. Di dalam makalah yang disediakan oleh pakar-pakar arkeologi dan sejarah Malaysia, tinjauan awal terhadap
Prasasti Sungai Mas II telah diberikan, dari aspek paleografi untuk menjawab beberapa persoalan penting mengenai
Prasasti tersebut, seperti pentarikhan, kemahiran citralekha, serta pengaruh kebudayaan yang wujud Bacaan
Permukaan Pertama
Prasasti Sungai Mas II
Bacaan
Barisan 1: balāni daśa catvāri ……. [vai?]
Barisan 2: aṣṭā daśa ca buddhanaṃ …….. dharm(m)ā
Permukaan Kedua
Prasasti Sungai Mas II
Barisan 3: jānite ya imā ko(ţi) …………
Barisan 4: tasya koţī gataṃ jñānaṃ …………..
Berikut pula adalah isi kandung
Prasasti Kampung Pendiat (Tapak 2)
Barisan 1: balāni daśa catvāri vaiśaradyāni yāni ca
Barisan 2: așţādaś a ca buddhānāṃ dharmmā āveṇīkā hi ye
Barisan 3: ye pratītyasamutpannā na te kecit svabhāvataḥ[30]
Barisan 4: ye svabhāvā[31] na vidyante na teșāṃ saṃbhavaḥ[32] kvacit
Barisan 5: jānite ya imāṃ koţim=a koţi[33] jagatas=samāṃ[34]
Barisan 6: tasya koţi[35] gataṃ jñānaṃ sarvva dharmmesu vartate
Daripada pembacaan yang telah dibuat terhadap
Prasasti Sungai Mas II dan
Prasasti Kampung Pendiat (Tapak 2), diperhatikan bahawa barisan 1-4 untuk
Prasasti Sungai Mas II adalah bersamaan dengan barisan 1, 2, 5, dan 6
Prasasti Kampung Pendiat (Tapak 2). Walau bagaimanapun, cuma separuh dari aksara keempat-empat barisan
Prasasti Sungai Mas II dapat dibacakan. Melalui perbandingan ini, kemungkinan besar bahagian
Prasasti yang telah pecah mengandungi isi kandungan yang sama dengan bahagian kedua barisan 1 dan 2, serta barisan 3 dan 4
Prasasti Kampung Pendiat (Tapak 2).
Lihat juga
Prasasti Sungai Mas I
Rujukan